Assalamualaikum wrt.
Salam Ramdhan 1434H ya. Tahun ini RA tidak membuka tempahan untuk Kek Lapis Raya 2013. Sesiapa yang ingin menjadikan kek Lapis ini sebagai salah 1 juadah di hari raya nanti..sangat di persilakan untuk mencuba resepi ini dimana Ini adalah antara Kek yang menjadi kegemaran kebanyakkan pelanggan kami.& x kurang juga yang minta resepi untuk mencuba sendiri di rumah.Silakan Mencuba ya rakan rakan.
Kek Lapis Tembikai Cheese
Bahan A
10 biji telur (saya guna gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet
Bahan B
100gm horlick
Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)
400 gram susu pekat manis
Bahan D
chocolate chips
10 biji telur (saya guna gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet
Bahan B
100gm horlick
Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)
400 gram susu pekat manis
Bahan D
chocolate chips
Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method yep.
Saya menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana:P
1. Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit
2. Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.
3. Bahan C - Butter & cream cheese, dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit. Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya.
4. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya.
5. Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau, asal dan merah.
6. Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis).
7. Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah - alah, macam biji tembikai tu..
8. Bakar selapis2 sehingga selesai ya.

Sumber Resepi dr sifu saya yep..
Sis Nomie Aziz. Beliaulah yang memperkenalkan saya dunia Kek Lapis ini.Semoga Allah melimpahi rezeki yang melimpah limpah untuk seluruh keluarga beliau.Aamiin.
Sis Nomie Aziz. Beliaulah yang memperkenalkan saya dunia Kek Lapis ini.Semoga Allah melimpahi rezeki yang melimpah limpah untuk seluruh keluarga beliau.Aamiin.
Ikhlas,
ArieqaCakes.
psst: Untuk Makluman ArieQaCakes tidak beroperasi ketika ini sehingga akan di beritahu kelak. Mr. ArieQa bagi Cuti SETAHUN..yeayy..hehehe..