Followers

Tuesday, June 22, 2010

My Collection Recipe

Ade mase free sila lahh cube yer..

1.PANDAN MUFFIN
Bahan-bahannya: ( 6 biji- 7cm acuan muffin )
90gm butter
70gm gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati. (sebelum masukkan telur ke dalam adunan, pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
6. Siap untuk dimakan,




2.Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim Putar Mentega Coklat

Kek Cawan

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)

Coklat cip untuk hiasan.

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.


3.Resepi Kek Black Forest
BAHAN :
8 - kuning telur
6 - putih telur
175 gram gula pasir
100 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
30 gram serbuk coklat
15 gram susu tepung
100 gram mentega, dicairkan

BAHAN SIRAP:
100 gram gula pasir
100 ml air
50 ml kirch (minuman ceri)

HIASAN:
1 tin dark cerry, ditoskan
500 ml krim pekat, pukul kembang
8 buah ceri merah bertangkai
200 gram dark chocolate, diparut kasar

CARA MEMBUAT:
1. Buat kek, pukul telur dan gula pasir sehingga kaku. Ayak tepung gandum, jagung, serbuk coklat, susu tepung ke atas adunan sambil dikacau rata.
2. Tuangkan mentega cair. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam loyang bulat 22 cm yang telah dioles marjerin dan dialasi kertas.
3. Masak adunan dengan suhu 160 ° c selama 45 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu buat sirap, rebus air dan gula sehingga mendidih, sejukkan lalu campur dengan kirch.
5. Belah kek menjadi 2 tumpuk. Percikkan tiap permukaan kek dengan sirap. Olesi krim pekat. Susun dark cerry kemudian tutup dengan potongan kek lainnya.
6. Tutup semua permukaan kek dengan krim pekat, taburkan coklat parut. Sempritkan bentuk bunga dari krim pekat, letakkan ceri tangkai. Sajikan sejuk.




4.Resepi Kek Keju blueberry
Bahan :
1 buah sponge cake ukuran 20cm, dibahagi jadi 4 lapisan (hanya 1 lapis yang dipakai)

Bahan mousse cheese:
350 gram light cream cheese
350 gram gula pasir
600 gram whipped cream
5 helai gelatin, direndam sehingga lembut, dipanaskan hingga cair
100 gram white chocolate, diparut

Bahan filling:
300 gram blueberry dalam tin

CARA MEMBUAT :
1. Letakkan 1 helai sponge di dasar loyang. Asingkan.

2. Mousse: pukul cream cheese dan gula pasir sehingga lembut. Masukkan whipped cream sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.

3. Tambahkan gelatin cair. Kacau rata. Terakhir masukkan 3/4 bahagian white cooking chocolate parut, kacau rata.

4. Bagi adunan menjadi dua bahagian. Satu bahagian ke atas sponge. Ratakan. Tuang selai blueberry, ratakan ke seluruh permukaan adunan pertama dengan menggunakan plastik segitiga.

5. Terakhir, tutup kembali dengan adunan kedua sehingga penuh ke dalam loyang dan ratakan atasnya.

6. Simpan sekurang-kurangnya 2 jam dalam freezer. Keluarkan dari cetakan. Hias dengan taburan white cooking chocolate parut di atas permukaan cake. Hias dengan selai blueberry. Siap dihidangkan.



5.Resepi Brownies Pisang
Bahan:
4 - kuning telur
2 - putih telur
115 gr gula pasir
25 gr tepung gandum
25 gr serbuk coklat
1/4 sdt baking powder
60 gr mentega cair
25 gr dark cooking chocolate
6 bh pisang raja, hiris panjang nipis

Olesan:
150 gr dark cooking chocolate, cairkan
50 gr white cooking chocolate, cairkan
2 bh pisang raja kukus, potong 1 cm

Cara membuat:

Siapkan loyang ukuran 8 x 20 x 7 cm, alas plastik tahan panas, oles merjerin seluruh permukaannya.

Panaskan hingga mentega dan dark cooking chocolate cair besrama, asingkan.

Pukul telur, gula pasir hingga mengembang dan pekat, tambahkan campuran tepung gandum, serbuk coklat dan baking powder sambil diayak, ratakan.
Masukkan cairan coklat ke dalam adunan, kacau rata.

Tuang setengah bahagian adunan dalam loyang, kukus selama 20 minit, angkat, susunkan potongan pisang di atas adunan, tuang kembali sisa adunan, kukus hingga masak. Angkat, sejukkan

Oles bahagian atasnya dengan dark cooking chocolate, hias dengan white cooking chocolate, beri potongan pisang.
Untuk 16 potong



6.Resepi Brownies Kukus
BAHAN:
150 g coklat masak pekat
150 g mentega
1/8 sdt garam
3 butir telur ayam
100 g gula pasir
50 g coklat keping, siap pakai
50 g kismis

Ayak:
140 g tepung gandum
30 g serbuk coklat

Hiasan:
75 g coklat masak putih, cairkan

Cara Membuat:
1. Campur coklat dan mentega. Panaskan hingga cair. Angkat. Masukkan garam. Kacau rata. Asingkan.

2. Pukul telur bersama gula pasir hingga rata. Masukkan tepung gandum secara berperingkat sambil kacau hingga rata. Masukkan coklat cair sambil kacau terus hingga rata. Tambahkan 1/2 bahagian coklat keping dan kismis, kacau kembali hingga rata.

3. Tuang ke dalam loyang persegi ukuran 20 x 20 x 3 cm yang sudah diolesi mentega dan ditaburi gandum. Ratakan. Taburi permukaannya dengan sisa coklat keping dan kismis.

4. Kukus dalam dandang panas dengan api kecil selama 30 minit hingga masak. Angkat. Keluarkan dari loyang. Sejukkan.

5. Hias permukaannya dengan coklat masak putih. Diamkan hingga coklat mengeras. Potong-potong ukuran 4 x 4 cm. Sajikan.

Untuk 16 potong

TIP:
• Coklat keping dapat diganti dengan coklat masak yang dicincang kasar.
• Adunan brownies tidak usah dipukul terlalu lama hingga pekat dan mengembang tetapi cukup sehingga rata saja supaya brownies tidak menjadi bantat.
• Kukus brownies di atas api kecil agar tekstur tidak berlubang-lubang besar.


7.Resepi Brownies Karamel
BAHAN :
150 gram dark cooking chocolate, dipotong-potong
125 gram merjerin
50 gram gula pasir
3 butir telur
130 gram tepung gandum
20 gram serbuk coklat
1 sdt baking powder
100 gram biji gajus,goring tanpa minyak dan dicincang kasar

BAHAN KARAMEL :
200 gram gula pasir
80 ml air

CARA MEMBUAT :
1. Untuk membuat karamel karamel, masukkan gula pasir dalam periuk tebal, panaskan hingga cair. Tuang air lalu kacau hingga larut, sejukkan.

2. Cairkan dark cooking chocolate dan merjerin. Asingkan. Pukul telur dan gula hingga kembanng, masukkan campuran coklat dan karamel yang sudah deisejukkan tadi, kacau rata.

3. Ayak tepung gandum, serbuk coklat, dan baking powder di atas adunan sambil dikacau rata.

4. Taburkan dua pertiga biji gajus cincang. Kacau hingga kacang merata. Tuang adunan ke dalam loyang brownies 10x30 cm yang dioles merjerin dan dialas kertas roti. Taburkan sisa biji gajus cincang di atasnya.

5. Bakar di dalam oven selama 35 minit dengan suhu 160° Celsius.

Untuk 12 potong



8.Resepi KEK Lobak Merah Lembab - Moist Carrot Cake
Bahan-bahan :
1 cawan minyak kacang
1 cawan gula perang
3 biji telur
Satu setengah cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil tepung bikarbonate
2 sudu kecil serbuk bunga cengkih
garam
2 biji lobak merah (diparut)
3/4 cawan walnuts cincang

Bahan-bahan utk krim :
250 gm krim keju
2 cawan gula icing
2 suduteh jus lemon

Cara-cara membuat :
1. Panaskan oven sehingga 180°C
2. Pukul minyak, gula perang, telur hingga sebati
3. Masukkan tepung, soda bicarbonate, serbuk bunga cengkih & garam
4. Campurkan lobak & walnuts dan tuangkan kedalam loyang saiz 22cm
5. Masak selama 22 - 26 minit dan sejukkan sebelum dibubuh icing

Untuk Icing :
Pukul krim cheese sehingga kembang dan campurkan gula icing & jus lemon dan pukul lagi hingga sebati


9.KOKO CHEESE MUFFIN
Sumber : Ringo – http://myresipi.com/resipi.net

Bahan-bahan :( 10 biji )

140 gm choco chip
100 gm cream cheese
80 gm butter
2 biji telur size B
60 gm gula
100 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. Bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.


10.Red velvet
Ingredients
• 1/2 cup butter
• 1 1/2 cups white sugar
• 2 eggs
• 1 cup buttermilk
• 1 fluid ounce red food coloring
• 1 teaspoon vanilla extract
• 1 1/2 teaspoons baking soda
• 1 tablespoon distilled white vinegar
• 2 cups all-purpose flour
• 1/3 cup unsweetened cocoa powder
• 1 teaspoon salt
Directions
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease two 12 cup muffin pans or line with 20 paper baking cups.
2. In a large bowl, beat the butter and sugar with an electric mixer until light and fluffy. Mix in the eggs, buttermilk, red food coloring and vanilla. Stir in the baking soda and vinegar. Combine the flour, cocoa powder and salt; stir into the batter just until blended. Spoon the batter into the prepared cups, dividing evenly.
3. Bake in the preheated oven until the tops spring back when lightly pressed, 20 to 25 minutes. Cool in the pan set over a wire rack. When cool, arrange the cupcakes on a serving platter and frost with desired frosting.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...